Site icon TechNave BM

BSN: Beberapa perkhidmatan utama akan tergendala bermula malam ini

Bank Simpanan Nasional (BSN) memaklumkan kepada para pelanggan bahawa akan berlaku gangguan sementara terhadap beberapa perkhidmatan perbankan utama susulan aktiviti penyelenggaraan berjadual yang dijadualkan berlangsung pada hujung minggu ini.

Menurut kenyataan rasmi BSN, aktiviti penyelenggaraan akan bermula pada jam 11 malam, Jumaat 9 Mei 2025 dan berakhir pada jam 10 pagi, Sabtu 10 Mei 2025 dengan melibatkan tempoh selama 11 jam. Antara perkhidmatan yang terkesan termasuk:

BSN menegaskan bahawa penyelenggaraan ini penting bagi memastikan perkhidmatan perbankan kekal lancar, selamat dan selesa untuk semua pengguna. Pelanggan dinasihatkan merancang urusan perbankan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh merujuk saluran rasmi BSN.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version