Menurut sebuah firma keselamatan siber Rack911 Labs, 28 program antivitus terkenal seperti Microsoft Defender, McAfee Endpoint Security dan Malwarebytes mempunyai pepijat (bugs) yang membolehkan penggodam untuk membuang fail yang penting dan menyebabkan system crash untuk memasang perisian hasad (malware).
Pepijat yang digelar “symlink races” ini menggunakan hubungan simbolik dan simpang haluan fail (directory junctions) untuk menghubungkan fail yang mencurigakan dengan fail yang selamat sewaktu mengimbas sesuatu fail untuk memeriksa virus atau sewaktu ia dibuang.
Walau bagaimanapun, beberepa syarikat antivirus iaitu AVG, F-Secure, McAfee dan Symantec sudah pun membaiki pepijat tersebut. Walaupun impak yang dihasilkan oleh pepijat ini adalah tidak terlalu tinggi, Rack911 Labs menasihati pengguna agar kerap mengemas kini antivirus mereka.
TechNave juga ingin menasihati pengguna agar menggunakan antivirus yang kukuh, selain mengamalkan budaya pelayaran internet yang selamat. Beritahu pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

