Site icon TechNave BM

Beberapa syarikat elektronik Jepun hentikan bekalan komponen kepada Huawei

Selepas mengalami masalah besar apabila ia disenarai hitamkan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS), kini Huawei terpaksa menghadapi satu lagi masalah besar apabila beberapa rakan kongsi mereka di Jepun tidak akan membekalkan komponen-komponen elektronik pada masa hadapan. Ini termasuklah syarikat elektronik Sony yang akan menghentikan penghantaran sensor kamera kepada Huawei.

Syarikat-syarikat Jepun yang lain termasuklah Toshiba yang membekalkan cakera keras, Kioxia yang membekalkan memori, Mitsubishi Electric yang membekalkan semikonduktor optikal dan Renesas yang membekalkan amplifier.

Huawei merupakan klien yang penting untuk Sony, dan keputusan ini mungkin akan merugikan syarikat Jepun itu sebanyak setengah bilion dolar AS. Huawei juga ialah klien utama untuk syarikat-syarikat Jepun ini di mana urus niaga antara mereka dan Huawei mendatangkan pendapatan sehingga US$10.4 bilion.

Sony dilaporkan sedang mendaftarkan lesen untuk terus membekalkan barang kepada Huawei. Walaupun dengan kekangan ini, Huawei kekal optimistik dengan masa depan mereka terutamanya selepas mengumumkan sistem operasi HarmonyOS 2.0 pada awal bulan ini.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MyDrivers

Exit mobile version