Site icon TechNave BM

Beberapa tangan pengguna iPhone 12 berdarah kerana bucu telefon yang tajam

Bahagian sisi iPhone 12 yang lebih bersegi dan tajam berbanding model sebelum ini merupakan antara ciri yang paling ikonik untuk telefon tersebut. Walau bagaimanapun, beberapa pengguna di China yang telah pun mendapatkan siri iPhone 12 melaporkan bahawa jari-jemari mereka tercedera akibat memegang telefon itu.

Beberapa pengguna di laman media sosial China, Weibo dan Baidu Tieba, telah memuat naik gambar jari mereka yang terhiris sedikit selepas memegang iPhone 12. Terdapat juga gambar jari yang kemerahan pada bahagian jari yang menyentuh bucu telefon itu.

Sungguh pun begitu, ada juga netizen China yang mengatakan mereka tidak mempunyai masalah memegang iPhone 12. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Mobile ZOL

Exit mobile version