Site icon TechNave BM

Bekalan cipset Qualcomm tidak mencukupi, Xiaomi bakal guna cipset MediaTek

Menurut pernyataan dari sumber, sepertinya Xiaomi mungkin mengambil alternatif bekalan cipset dari MediaTek susulan daripada isu kekurangan bekalan cipset dari Qualcomm. Berkemungkinan, kita akan dapat melihat lebih banyak peranti Xiaomi dengan cipset MediaTek selepas ini.

Untuk pengetahuan anda, kekurangan bekalan cipset dari Qualcomm pada peringkat global ini bukan sahaja melibatkan Qualcomm, tetapi juga AMD, Nvidia, Samsung dan beberapa syarikat dalam industri cipset. Dalam erti kata lain, terdapat masalah bekalan untuk cipset mudah alih 5G dimana penghantaran bekalan mengalami penundaan selama 30 minggu untuk Xiaomi, OPPO dan beberapa syarikat lain.

Menurut sumber, Xiaomi dijangka beralih ke cipset MediaTek, namun masih mengekalkan beberapa peratus peranti yang dijana oleh Qualcomm. Dijangka, nisbah penggunaan cipset Qualcomm pada peranti akan turun kepada 55% berbanding 80% seperti sebelum ini.

Terdahulu, Qualcomm telah mengumumkan isu kekurangan bekalan cipset yang dijangka kekal mengalami masalah ini sehingga hujung tahun. Apakah pandangan anda mengenai isu ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

SUmber: Money UDN

Exit mobile version