Site icon TechNave BM

Bekalan iPhone mungkin akan terganggu kerana wabak COVID-19

Jika anda mempunyai perancangan untuk membeli iPhone 11 pada bulan-bulan mendatang, jangan terkejut jika tiada stok telefon pintar itu di kedai-kedai. Apple sudah mengeluarkan peringatan bahawa bekalan iPhone sedunia mungkin akan ‘terjejas buat sementara’ kerana wabak COVID-19 yang mengganggu operasi kilang-kilang di China.

Buat masa ini, penularan wabak tersebut telah menyukarkan operasi pelbagai industri di China. Walaupun beberapa kilang sudah dibuka secara perlahan-lahan, ia adalah terlalu sedikit daripada bilangan yang Apple jangkakan. Syarikat itu meramalkan bahawa rantai bekalan dalam penghasilan iPhone akan terjejas, terutamanya di peringkat permulaan rantai tersebut.

Di samping itu, operasi bahagian perniagaan juga menghadapi masalah. Ratusan kedai masih ditutup, manakala kedai yang sudah dibuka pula beroperasi dengan masa yang lebih pendek serta trafik pelanggan yang sangat rendah.

Apakah pendapat anda tentang impak wabak COVID-19 ini terhadap industri telefon pintar? Kongsi di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Engadget

Exit mobile version