Site icon TechNave BM

Bekalan stok Nintendo Switch mungkin terjejas pada awal 2022, harga semakin meningkat

Kekurangan bekalan produk elektronik bukanlah sesuatu yang luar biasa sejak wabak COVID-19 berlaku. Tetapi bagi sesetengah industri, kesan terbesar ialah kenaikan harga seperti kad grafik. Jika anda bercadang untuk membeli konsol Nintendo Switch, anda mungkin menghadapi waktu yang lama untuk menerima peranti tersebut.

Menurut Kyoto News melalui Wccftech, Presiden Nintendo, Shuntaro Furukawa berkata bahawa bekalan komponen untuk Nintendo Switch mungkin terhenti pada awal tahun 2022. Ini akan menyebabkan pengeluaran untuk konsol itu terhenti. Ia merupakan berita buruk kerana permintaan kekal tinggi untuk peranti ini.

Seperti yang anda maklum, kekurangan ini berkaitan dengan kekurangan bahagian semikonduktor yang telah menjejaskan banyak industri lain. Beliau juga menyebut bahawa Nintendo tidak dapat memenuhi permintaan untuk konsol bagi sambutan Black Friday.

Telefon pintar mungkin tidak mengalami kenaikan harga yang ketara tahun ini walaupun mengalami kekurangan bekalan komponen. Tetapi terdapat satu tempoh di mana harga untuk Nintendo Switch hampir mencecah hampir RM2,000. Untuk makluman, harga pasaran semasa di Malaysia adalah sekitar RM1199, jadi perbezaannya agak ketara.

Kepada anda yang berminat untuk memilikinya lebih baik dapatkannya sekarang sebelum harga mula naik kerana bekalan stok semakin berkurang. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Wccftech

Exit mobile version