Site icon TechNave BM

Pengasas Nothing perolehi jenama telefon pintar Essential Products

Selepas meninggalkan OnePlus pada tahun lalu, pengasasnya Carl Pei telah menubuhkan sebuah jenama produk teknologi yang baru bernama Nothing namun beliau masih tidak memperincikan jenis produk yang akan dihasilkan. Kini, Carl Pei telah memperolehi jenama telefon pintar Essential Products dari Amerika Syarikat (AS) dan mungkin menunjukkan bahawa Nothing akan menghasilkan telefon pintar pada masa hadapan.

Menurut 9to5Google, mereka menjumpai pemfailan dalam Pejabat Hak Intelek United Kingdom di mana CEO Essential Andy Rubin telah memindahkan hak milik Essential kepada Nothing Technologies Limited yang dipunyai oleh Carl Pei. Pemindahan tersebut telah dilengkapkan pada 6 Januari 2021 selepas ia dimulakan pada 11 November 2020, di mana ia melibatkan pemindahan tanda dagang (trademark), logo dan penjenamaan.

Sebelum ini, Essential telah melancarkan sebuah telefon pintar pada 2017 bernama Essential Phone PH-1 namun ia tidak dapat sambutan yang tinggi di kalangan pelanggan. Essential kemudian merancang untuk melancarkan telefon baru namun perancangan tersebut terpaksa dibatalkan.

Rupa telefon pintar Essential Phone PH-1

Selain kemungkinan untuk menghasilkan telefon pintar, Nothing juga dikhabar akan melancarkan produk fon telinga wayarles TWS. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan jenama baru ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9to5 Google

Exit mobile version