Site icon TechNave BM

Belanjawan 2021: RM9.4 bilion akan diperuntukkan untuk bantu rakyat dapatkan akses internet

Dalam Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan pada minggu lalu, kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM9.4 bilion untuk menambah baik infrastruktur digital kebangsaan bagi kebaikan seluruh rakyat Malaysia. Ini selari dengan perancangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) untuk menjadikan internet sebagai kemudahan asas ketiga selepas air dan elektrik.

Antara yang termasuk dalam peruntukan ini adalah Program Jaringan PRIHATIN yang menelan belanja RM1.5 bilion di mana lebih 8 juta rakyat daripada golongan B40 akan mendapat RM180 seorang bagi meringankan perbelanjaan internet atau telefon baru. Industri tempatan juga menambah RM1.5 bilion untuk tujuan yang sama.

Bagi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) pula, kerajaan memperuntukkan RM500 juta untuk menghubungkan 430 buah sekolah, RM42 juta untuk membangunkan infrastruktur internet di 25 kawasan perinudustrian dan RM7.4 bilion untuk memperluaskan perkhidmatan jalur lebar ke kawasan luar bandar.

Kerajaan mengatakan JENDELA kini masih dalam Fasa 1 yang akan berlangsung sehingga 2022. Kongsi pendapat anda tentang peruntukan ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version