Site icon TechNave BM

Beli 2 unit OPPO Reno2 untuk anda dan orang tersayang, percuma 2 earphone Enco Q1

Jika anda ingin menghadiahkan sesuatu untuk orang tersayang, tetapi dalam masa yang sama ingin juga memanjakan diri anda, baca berita ini sehingga habis! Terkini, OPPO telah membuka peluang untuk setiap pembelian dua unit OPPO Reno2, anda akan mendapat hadiah percuma.

Hadiah percuma tersebut merupakan earphone OPPO Enco Q1 yang bernilai RM399 setiap satu. Jika anda mendapat dua pasang earphone Enco Q1, ini menjumlahkan hadiah anda bernilai sebanyak RM798. Berbaloi bukan?

Sepintas lalu, OPPO Reno 2 dilengkapi kamera quad 48MP yang menyokong 5x Zum Hibrid, 20x Zum Digital, Video Ultra Steady, Mod Gelap Ultra dan banyak lagi. Tidak lupa juga kepada RAM 8GB dan ROM 256GB bersama cipset Snapdragon 730G.

Apa pun, pembelian boleh dibuat melalui kedai konsep OPPO, kedai dalam talian OPPO, Lazada dan Shopee. Tawaran ini hanya terhad pada 1 hingga 6 Februari sahaja! Adakah anda akan mendapatkannya? Beritahu kami di laman Facebook dan nantikan berita promosi terkini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Exit mobile version