Site icon TechNave BM

Beli-belah dan bersiar di Pulau Pinang tanpa tunai dengan Touch ‘n Go eWallet

Mungkin netizen sudah sedia tahu tentang kewujudan dompet digital Touch ‘n Go eWallet di Malaysia. Terdahulu, Touch ‘n Go eWallet telah menaik taraf perkhidmatan dengan membenarkan pengguna membayar parkir perbandaran di beberapa kawasan melaluinya.

Terkini, anda boleh bersiar-siar di Pulau Pinang tanpa perlu mencari mesin ATM terdekat. Caranya adalah dengan menggunakan Touch ‘n Go eWallet. Pembayaran digital ini akan diperkenalkan di seluruh Pulau Pinang, gerai-gerai dan pusat penjaja di sepanjang jalan warisan George Town seperti Pasar Chowrasta, Lebuh Armenian dan Jalan Nagore. Beberapa kawasan di Pulau Tikus dan Tanjung Tokong juga tidak ketinggalan.

Dari kiri: Mr. Wong Yuee Harng, YB Teh Lai Heng, YB Zairil Khir Johari, YAB Mr. Chow Kon Yeow dan Mr. Ignatius Ong memberi demonstrasi tentang penggunaan Touch ‘n Go eWallet

Apa pun, jangan lupa untuk memuat turun Touch ‘n Go eWallet terlebih dahulu. Kunjungi laman web rasmi Touch ‘n Go eWallet untuk maklumat lanjut. Kepada yang berkelayakan, jangan lupa untuk menuntut RM30 milik anda melalui dompet digital yang sah.

Anda ada merancang untuk ke Pulau Pinang? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita aplikasi terkini.

Exit mobile version