Sebelum ini, OPPO Malaysia mengumumkan pelancaran OPPO A95 dengan ganjaran pra-pesanan. Kini, OPPO A95 akan mula berada di pasaran pada 20 November 2021 dengan beberapa tawaran luar biasa dalam masa terhad.
OPPO Enco Buds (RRP ialah RM159) dengan menambah RM1 sahaja
Mulai 20 November hingga 14 Disember 2021, pembeli OPPO A95 boleh mendapatkan fon telinga wayarles, OPPO Enco Buds pada harga RM1 sahaja (RRP ialah RM159). Promosi ini sah di My OPPO Space, kedai jenama OPPO, kedai dalam talian rasmi OPPO, peniaga yang diiktiraf OPPO, kedai dalam talian sah OPPO, rakan kongsi kedai rangkaian, rakan kongsi telco dan rakan kongsi E-comm seperti Astro Go Shop, Shopee dan Lazada.
Ahli My OPPO dapat menikmati ganjaran bernilai sehingga RM100!
Ahli My OPPO boleh menebus sarung telefon peribadi terhad bernilai RM99 dan mendapat baucar minuman percuma bersaiz Grande di Starbucks melalui aplikasi OPPO selepas pembelian OPPO A95 dari 20 November hingga 14 Januari 2022.
OPPO Band (RRP ialah RM159) pada harga RM95 sahaja
Anda boleh dapatkan jam tangan pintar OPPO Band untuk menjejaki kesihatan dengan harga hanya RM95 selepas membeli OPPO A95 di mana-mana kedai jenama OPPO dari 20 November hingga 30 November 2021.
Lanjutan jaminan 6 bulan bernilai RM49.90
Dari 20 November hingga 30 November 2021, pelanggan yang membeli OPPO A95 di kedai dalam talian rasmi OPPO dan kedai jenama OPPO akan mendapat lanjutan jaminan 6 bulan bernilai RM49.90.
Hadiah bernilai sehingga RM70,000 dan banyak lagi boleh direbut di pameran jelajah OPPO A95 First Sale
OPPO Malaysia menawarkan hadiah eksklusif bernilai sehingga RM70,000 di jerayawara (roadshow) OPPO A95 di Mid Valley, pada 20 November 2021. 100 pembeli pertama OPPO A95 pada jerayawara itu layak menerima Bank Kuasa Caj Kilat OPPO VOOC bernilai RM229. Terdapat peraduan seperti “Snap & Grab” dan “Spin & Win” untuk memperoleh lebih banyak ganjaran.
Jerayawara jualan pertama OPPO A95 boleh didapati di lokasi di bawah:
| Lokasi | Tarikh |
| Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur | 15 – 21 Nov 2021 |
| Sutera Mall, Johor Bahru | 15 – 21 Nov 2021 |
| Setapak Central, Kuala Lumpur | 20 – 26 Nov 2021 |
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

