Site icon TechNave BM

Beli peranti Samsung untuk peluang menang hadiah Raya bernilai RM424,000 termasuk 65″ QLED 8K Smart TV

Jika anda ada terfikir untuk membeli telefon pintar Samsung atau tabletnya, tempoh perayaan merupakan waktu terbaik untuk membelinya memandangkan terdapat tawaran berbaloi untuk direbut. Samsung kini menjalankan peraduan ‘Jimat, Snap & Menang’ untuk anda membawa pulang hadiah menarik!

Hadiah-hadiah yang ditawarkan Samsung kesemuanya bernilai sehingga RM424,000. Menurut kami, hadiah yang ditawarkan mungkin bakal melengkapkan kelengkapan rumah anda untuk Hari Raya (semestinya orang rumah anda bakal gembira dengan hadiah yang ditawarkan). Peraduan ini berlangsung sekarang sehingga 7 Jun 2020.

Mudah sahaja, anda hanya perlu membeli peranti Samsung dengan promosi tertentu, tangkap gambar Hari Raya anda dengan kreatif dan hantarkan kepada pihak Samsung. Seterusnya, anda hanya perlu menunggu pengumuman pemenang yang akan dibuat setiap minggu di laman web Samsung ini.

Masih ada peluang untuk anda memenanginya memandangkan terdapat 10 hadiah utama untuk dimenangi dan pengumuman pemenang dibuat setiap minggu. Untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy Raya Promotion, anda boleh mengungjungi laman web ini.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita promosi telefon pintar terkini.

Exit mobile version