Site icon TechNave BM

Beli telefon Vivo dengan Digi untuk peluang menang besar

Adakah anda bertuah? Jika ya, mungkin anda ingin mengetahui promosi oleh Digi dan vivo ini. vivo Malaysia baru sahaja mengumumkan di laman Facebooknya bahawa sesiapa yang membeli peranti pintar dengan Digi akan mendapat peluang untuk memenangi beberapa hadiah.

Beberapa perkara telah diumumkan mengenai kempen ini termasuklah tempoh dan hadiah yang bakal dimenangi. Pertama, promosi ini bermula dari 9 Disember 2019 dan akan berterusan sehingga 5 Januari 2020. Ini bermakna anda mempunyai masa lebih kurang dua minggu untuk mencuba nasib memenangi hadiah utama, baucer tunai sebanyak RM8000. Terdapat juga dua baucer RM5000 dan dua baucer RM2000 untuk dimenangi.

Jika anda tidak bertuah, hadiah saguhati adalah berupa waranti selama 6 bulan untuk peranti pintar yang telah dibeli. Ini bermakna tidak mengapa jika anda seseorang yang sentiasa dalam kekalutan atau bekerja di tempat yang merbahaya. Anda sentiasa boleh mengunjungi premis Digi yang berdekatan. Anda perlu mendaftar di premis Digi kerana tiada capaian dalam talian untuk anda berbuat demikian.

Untuk orang ramai di luar sana yang sedang mencari telefon baru, peranti vivo mana yang akan anda sambar? Beritahu kami di laman Facebook dan nantikan lebih promosi di TechNaveBM.com.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version