Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan pengkreditan RM50 ke dalam e-dompet individu berumur 18 tahun hingga 20 tahun di bawah program eBelia. Terkini, kerajaan bersetuju untuk menaikkan jumlah kepada RM100 dan memperluaskan kredit ini kepada mahasiswa juga.
Perkara ini telah dimaklumkan melalui persidangan di Dewan Rakyat hari ini oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz. Menurutnya, program eBelia dipertingkat kepada RM100 dan diperluas kepada 1.1 juta mahasiswa.
Sepintas lalu, program eBelia usaha kerajaan untuk menguatkan lagi budaya pembayaran tanpa tunai. Apa pun, maklumat mengenai pengkreditan wang dalam e-dompet ini akan diumumkan dengan lebih lanjut kelak.
Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: BERNAMA
Gambar ihsan BERNAMA

