Fon telinga pembatalan hingar hibrid Belkin Soundform Immerse merupakan kategori fon telinga TWS yang memberikan pembatalan hingar dan menyampaikan audio tanpa bunyi latar dan gangguan. Mekanisme pembatalan hingar hibrid mempunyai mikrofon di dalam dan di luar yang mengesan dan membatalkan bunyi persekitaran.
Fon telinga Belkin Soundform Immerse akan dilancarkan dalam enam bulan selepas keluaran Move buds. Baterinya menawarkan 8 jam penggunaan dan boleh bertahan sehingga 36 jam dengan perumah sebagai pengecas. Fon telinga menyokong aptX HD yang menghantar audio resolusi tinggi, memberikan output audio yang baik dan mempunyai teknologi Multipoint membolehkan pengguna memasangkan fon telinga ke dua peranti berbeza secara serentak.
Ia serasi dengan aplikasi Find My pada peranti Apple untuk mencari fon telinga. Harganya masih tidak diketahui dan berkemungkinan dilancarkan sebelum Jun 2022. Selain itu, ia turut mempunyai fungsi ANC hibrid untuk pengalaman audio tanpa gangguan.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.
Sumber: Gizmochina

