Site icon TechNave BM

BenQ lancarkan projektor GV30: Warna dan saluran audio sinematik pada RM2,499

BenQ memperkenalkan GV30 iaitu projektor LED mudah alih pintar pertama yang tersedia dengan audio saluran Bluetooth 2.1 . Ia menawarkan bass tambahan, butiran dan bunyi yang jelas, warna asli dan kontras yang terang untuk pengalaman sinematik. 

Projektor mudah alih ini mampu melakukan penstriman Android TV tanpa wayar dan audio berbilang saluran Bluetooth. GV30 memancarkan sistem audio saluran 2.1 dengan pemacu jarak tinggi dan woofer khusus untuk bes resonan serta audio treVolo BenQ menggunakan sains akustik dan psikoakustik. GV30 hadir dengan mod pawagam, game, sukan dan muzik serta berfungsi sebagai pembesar suara Bluetooth mudah alih.

Ia dikuasakan oleh CinematicColorTM membawa gamut warna Rec. 709  dengan kecerahan 300 ANSI Lumens dan resolusi HD 720p. Ia menawarkan inovasi BenQ yang memberikan warna sebenar dan imej realistik. Mod yang direka khas seperti mod pawagam dan mod masa siang menawarkan kontras yang terang dan perincian definisi tinggi mengikut persekitaran. 

GV30 direka bentuk menyediakan julat sudut pemancaran 135° yang luas dan perlindungan kejatuhan 70cm (2.3 kaki). Jangka hayat bateri yang lama membolehkan anda menikmati filem panjang dengan sumber cahaya LED 30,000 jam dan sambungan universal kepada peranti pintar, komputer riba, konsol game, pemain Blu-ray dan media USB. 

GV30 akan tersedia pada Jun 2022 dan boleh didapati di kedai rasmi BenQ di ShopeeLazada dan peruncit sah. Harga runcit yang dicadangkan untuk GV30 di Malaysia ialah RM2,688, tetapi anda boleh mendapatkan diskaun awal dengan membuat pra-pesanan antara 20 Jun 2022 – 4 Julai 2022 pada harga RM2,499

Ketahui maklumat lanjut di halaman produk GV30. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version