Site icon TechNave BM

Beraya ‘online’ melalui panggilan video bersama 50 orang, Messenger Rooms kini tersedia

Masihkah anda ingat tentang maklumat berita mengenai aplikasi daripada Facebook, Messenger Rooms yang membenarkan panggilan video berkumpulan sehingga 50 orang? Terkini, Facebook telah mengumumkan Messenger Rooms secara rasmi dan anda boleh mula menggunakannya.

Anda boleh memulakan konferens video atau panggilan video berkumpulan dengan membina ‘Room’. Anda boleh menambah ahli dalam ‘Room’ dan mengeluarkan ahli dan juga mengunci ‘Room’ jika anda tidak menginginkan penyertaan dari ahli lain.

Menurut sumber, setakat ini pengguna global selain daripada Amerika Utara hanya boleh membina dan memulakan ‘Room’ melalui aplikasi Messenger. Pengguna Amerika Utara boleh membina ‘Room’ secara langsung melalui Facebook. Jika anda belum memuat turun aplikasi Facebook Messenger, anda boleh memuat turun di Google Play Store, App Store, Mac App Store atau Microsoft Store.

Memandangkan perayaan Aidilfitri bakal menjelang tiba, mungkin fungsi panggilan video sehingga 50 orang ini sangat berguna untuk mengeratkan silaturrahim tanpa perlu menziarah secara zahir. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9To5Mac

Exit mobile version