Site icon TechNave BM

Berhati-hati dengan fail dalam format Excel – Peringatan ‘ransomware Paradise’ oleh PDRM

Terkini, laman Facebook Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police telah memberi peringatan kepada netizen untuk berhati-hati dengan perisian tebusan (ransomware) yang mungkin muncul sama ada di Internet atau masuk ke dalam emel anda.

Perisian tebusan ini disebarkan melalui emel yang mengumpan anda (phishing email) untuk memuat turun Internet Query Files (IQY) yang boleh dibaca oleh Microsoft Excel. Sumber melaporkan hal ini menjadi umpan untuk penyerang siber kerana mereka tahu biasanya pejabat atau organisasi tidak akan menyekat IQY.

Setelah anda memuat turun fail IQY, fail ini akan bersambung dengan pelayar penyerang. Anda akan mendapat arahan PowerShell, mengarahkan anda untuk membayar tebusan (membayar dengan mata wang kripto) agar akses kepada rangkaian dapat dikembalikan kepada anda seperti biasa.

Dengan ini, anda diminta untuk berhati-hati dengan fail format Excel yang dihantar menerusi emel yang mengumpan anda. Anda juga diminta untuk sentiasa memastikan salinan fail-fail sentiasa dikemas kini dalam keadaan baik.

Adakah anda pernah diserang dengan perisian tebusan? Kongsikan pengalaman anda di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: ZDNet melalui Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police

Exit mobile version