Site icon TechNave BM

Berhenti membuat pembayaran bil YouTube TV anda melalui Apple App Store

Jika anda membayar untuk langganan YouTube TV melalui Apple App Store, sekarang adalah masa terbaik untuk menukar kaedah pembayaran anda.

YouTube baru-baru ini mengumumkan bahawa ia merancang untuk membatalkan pembayaran bil melalui Apple. Bermula pada 13 Mac, jika anda mempunyai langganan YouTube TV yang menggunakan App Store sebagai platform pembayaran maka akaun anda akan dibatalkan secara automatik dan akan kehilangan DVR anda.

Menurut CNET, Walaupun tiada alasan rasmi diberikan, perubahan itu mungkin disebabkan oleh caj syarikat Apple mengendalikan langganan dalam aplikasi. Apple biasanya mengambil 30% daripada yuran langganan untuk tahun pertama dan kemudian 15% untuk tahun seterusnya.

Netflix dan Spotify juga telah berhenti membenarkan langganan melalui pembelian dalam Apple App Store sejak tahun lalu.

Adakah anda antara pelanggan yang membuat pembayaran Youtube TV menggunakan Apple App Store? Apa kata anda? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : lifehacker

Exit mobile version