Kini terdapat banyak kes baru COVID-19 di seluruh Malaysia, terutamanya di Sabah. Semenanjung turut mempunyai kes yang meningkat termasuk di ibu kota Kuala Lumpur. Bagi memudahkan pengguna Google untuk bergerak, Google Maps akan memperkenalkan fungsi baru yang membenarkan anda untuk mengesan tempat yang mempunyai kes COVID-19.
Untuk menggunakannya, buka Google Maps dan kemudian pergi ke bahagian atas kanan skrin untuk menghidupkan “COVID-19 info” dalam Map Details. Kemudian, kawasan yang dipilih akan menunjukkan laporan COVID-19 sepanjang tujuh hari lepas. Terdapat juga label yang membenarkan anda untuk melihat trend sama ada kes sedang meningkat atau menurun, ditandakan mengikut warna.
Fungsi ini masih belum diperkenalkan dalam Malaysia namun kita boleh jangkakannya tidak lama lagi. Google Maps memperolehi data COVID-19 daripada pelbagai sumber sahih seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kementerian kesihatan dalam setiap negara, Johns Hopkins University, New York Times dan Wikipedia.
Tentunya fungsi ini amat berguna sewaktu wabak ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Google Blog

