Site icon TechNave BM

Berikutan COVID-19, Apple menutup 17 kedai di Itali, namun pengeluaran iPhone 12 akan tetap berjalan

Terkini, jika anda masih belum tahu, World Health Organization (WHO) telah mengumumkan bahawa COVID-19 adalah sebuah wabak. Namun, penularan wabak ini boleh diubah berdasarkan inisiatif negara sendiri. Dek kerana penularannya, Apple telah mengumumkan mengenai penutupan kesemua 17 kedainya di Itali.

Terdahulu, Apple telah mengambil langkah penutupan di Wuhan, China. Walaupun penutupan ini berlaku, syarikat tersebut masih akan mengekalkan dan memberikan perkhidmatan sokongan secara dalam talian. Jika anda sedang menanti berita tentang pengeluaran iPhone 12 pada tahun ini, kami mungkin mempunyai sedikit jawapan.

Walaupun dengan penularan wabak COVID-19 ini, Apple tidak akan mengecewakan peminat yang menanti telefon pintarnya. iPhone 12 yang dilaporkan bakal hadir dengan cipset baru A14 (proses produksi 5nm) dikatakan akan dilancarkan pada September (biasanya Apple akan mengeluarkan iPhone baru pada bulan tersebut). Namun, anda boleh menjangkakan kelewatan atau mungkin juga tidak, bergantung kepada situasi teknologi.

Yang menggembirakan, Apple dilaporkan bakal memulakan pengeluaran cipset secara besar-besaran pada April ini. Untuk melengkapkan bayangan anda mengenai iPhone 12, anda boleh menyelongkar berita khabar angin mengenai peranti ini di sini. Luahkan pendapat anda mengenai hal ini di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: CNET | Forbes | Gizchina 1, 2

Exit mobile version