Site icon TechNave BM

Berikutan pekerja kurier baling barang, SKMM beri amaran denda hingga RM300,000 menanti!

Baru-baru ini, kejadian pekerja sebuah syarikat kurier menguruskan bungkusan dengan perlakuan membaling bungkusan tersebut dengan kasar telah menarik perhatian warganet. Berikutan kejadian tersebut, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan amaran keras agar semua syarikat kurier memperbaik pengendalian bungkusan pelanggan.

Syarikat kurier tersebut baru-baru ini telah memohon maaf di atas perlakuan pekerjanya membaling bungkusan barang pelanggan di gudang mereka. Perlakuan pekerja ini didakwa sebagai tindakan mogok berkenaan pengagihan bonus dan komisen yang tidak memuaskan (baca selanjutnya di sini).

Melalui siaran oleh SKMM, pihaknya memberi amaran keras kepada semua syarikat kurier yang berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Pos 2012 untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Jika ingkar, syarikat kurier boleh dikenakan hukuman tidak melebihi RM300,000 atau tempoh penjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya sekali.

Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: SKMM

Exit mobile version