Site icon TechNave BM

Berita baik untuk syarikat ‘startup’: Google ingin bantu anda berkembang sewaktu pasca-COVID-19

Google hari ini mengumumkan program Google for Startups Accelerator: Southeast Asia iaitu sebuah program pemacu (accelerator) dalam talian selama tiga bulan untuk syarikat pemula (startup) yang berpotensi tinggi di rantau Asia Tenggara dan Pakistan.

Dalam edisi tahun ini, Google mencari syarikat-syarikat pemula yang komited untuk menyelesaikan masalah waktu ini iaitu kekangan yang dihasilkan oleh penjarakan sosial terhadap perubatan, pendidikan, kewangan dan logistik menggunakan kecerdasan buatan (AI) atau analisis data, atau menggunakan teknologi untuk memudahkan hidup golongan kurang upaya (OKU) dan warga emas.

Peserta program ini akan menerima panduan secara terperinci dalam segi teknikal dan perniagaan daripada Google dan rakan-rakan industrinya. Selain sokongan yang disebutkan tadi, program pemacu ini juga menyertakan bengkel dan pemerhatian terhadap rekaan produk, pemerolehan pelanggan dan pembangunan kepimpinan.

Syarikat pemula Malaysia yang berminat boleh mendaftar sebelum Ahad, 19 Julai. Beritahu kami di Facebook jika anda sudah mendaftar untuk program ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version