Site icon TechNave BM

Berita palsu terkini mengenai kes Covid-19/Koronavirus di beberapa hospital Malaysia

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyenaraikan berita-berita palsu yang tular berkenaan wabak Koronavirus. Terkini, KKM mengumumkan sekali lagi tentang berita palsu baru yang tular di media sosial.

Sumber melaporkan berita palsu tersebut mendakwa kononnya wabak Covid-19/Koronavirus dikesan di Hospital Shah Alam, Hospital Selayang, Sekinchan, Jenjarom dan Hospital Sunway, Cheras. KKM telah mengesahkan kepalsuan berita ini di laman Facebook.

Sepintas lalu, individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat palsu mengenai wabak ini akan dikenakan denda RM100,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kongsikan maklumat ini kepada kenalan anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita sebegini yang terkini. Adakah anda pernah mendapat berita palsu? Beritahu kami di laman Facebook TechNaveBM.

Sumber: Harian Metro | Facebook KKM

Exit mobile version