Site icon TechNave BM

Berjemur di bawah matahari tidak menghalang COVID-19 untuk menjangkiti anda – WHO

Jika sebelum ini ada yang menyatakan suhu yang panas boleh mengelakkan penularan virus COVID-19, ternyata pernyataan itu tidak benar. World Health Organization (WHO) kini tampil dengan pernyataan fakta bahawa mendedahkan diri kepada matahari atau suhu panas melebih 25 darjah Celcius bukan salah satu langkah pencegahan, sekaligus tidak boleh mengelakkan penularan COVID-19.

WHO melaporkan anda masih boleh mendapat jangkitan COVID-19 tidak kira sepanas mana cuaca di negara anda. Untuk melindungi diri anda, pastikan pembersihan tangan dilakukan sekerapnya dan elakkan menyentuh mata, mulut dan hidung.

Sebagai tambahan, jika anda mendapat jangkitan COVID-19, anda boleh sembuh dan menyingkirkan virus tersebut. Jangkitan virus ini tidak bermakna anda akan dijangkitinya seumur hidup! Apa pun, jika anda bergejala, hubungi pusat kesihatan yang terdekat!

Adakah anda mengamalkan langkah pencegahan yang betul? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: WHO

Exit mobile version