Site icon TechNave BM

Berminat dengan OPPO Find N3 Flip? Jom datang ke Pavilion KL dan anda boleh cubanya sendiri

Sempena pelancaran telefon pintar lipat OPPO Find N3 Flip yang akan dilancar esok, OPPO Malaysia kini sedang menganjurkan sebuah jerayawara khas OPPO Find N3 Flip Pop-Up Experience Store di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur sehingga 22 Oktober 2023. Orang awam dijemput untuk hadir ke pameran khas ini untuk mencuba sendiri OPPO Find N3 Flip.

Pelawat boleh mencuba Find N3 Flip dengan menggunakan skrinnya yang boleh dilipat serta mengambil gambar dengan kameranya yang mempunyai teknologi Hasselblad. Pameran khas ini mempunyai beberapa tempat cantik yang boleh dijadikan latar belakang untuk gambar anda.

Jika anda mengambil gambar dengan Find N3 Flip dalam jerayawara ini, anda boleh mencetak terus gambar tersebut untuk disimpan sebagai memori. Selain itu, anda juga berpeluang untuk membawa pulang beberapa aksesori OPPO yang menarik.

Anda hanya perlu ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pinjam sebuah OPPO Find N3 Flip daripada kakitangan jerayawaran ini dan ambil gambar menggunakannya.
  2. Cetak gambar tersebut dengan sebuah pencetak yang disediakan oleh pihak OPPO.
  3. Muat naik gambar tersebut ke media sosial dengan tanda palang #OPPOFindN3Flip dan #FashionReimagined , pastikan akaun media sosial anda ditetapkan kepada awam (Public)
  4. Pergi ke kedai OPPO Brand Store yang terletak di Tingkat 5 dalam Pavilion Kuala Lumpur untuk dapatkan butang pin khas dan ais krim Yole.
  5. Pelawat yang melengkapkan semua langkah di atas berpeluang untuk memenangi fon telinga wayarles OPPO Enco Air2 Pro dan bertemu dengan Kuan Sisters pada 21 Oktober dalam acara Fashion Reimagined Contest.

Jika anda berminat dengan telefon lipat ini, pra-tempahan untuk OPPO Find N3 Flip akan dibuka sehingga 18 Oktober 2023. Anda hanya perlu membayar deposit RM100 untuk mengesahkan tempahan dan apabila anda melengkapkan pembayaran penuh, anda akan menerima pelan perlindungan skrin (bernilai RM200) secara percuma.

Layari laman web OPPO Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version