Site icon TechNave BM

Bermula 2024, semua barang import bawah RM500 yang dijual dalam talian akan dicukai 10%

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memaklumkan bermula 1 Januari 2024, Malaysia akan mula mengenakan cukai jualan sebanyak 10 peratus terhadap semua barang bernilai rendah (low-value goods, LVG) yang diimport dan dijual secara dalam talian. Barang bernilai rendah ini bermaksud produk yang berharga bawah RM500.

Ia sepatutnya mula dilaksanakan bermula 1 April 2023, namun JKDM telah menangguhkannya pada bulan Mac lalu. Menurut JKDM, LVG adalah semua barangan (kecuali rokok, produk tembakau, minuman keras yang memabukkan, rokok elektronik) yang dijual bawah RM500 dan dibawa masuk ke Malaysia melalui jalan darat, laut atau udara.

Para penjual barangan LVG dalam talian perlu berdaftar dengan JKDM jika jumlah jualaan LVG yang dibawa masuk ke Malaysia melebihi RM500,000 dalam tempoh 12 bulan.

Perlu diingati bahawa cukai ini tidak akan melibatkan produk yang dibuat dalam Malaysia. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ini akan memastikan daya saing produk tempatan dan cukai ini hanya melibatkan produk yang diimport daripada luar.

Layari laman web JKDM (http://www.customs.gov.my/en/pages/main.aspx) untuk maklumat lanjut mengenai percukaian ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA, BERNAMA

Exit mobile version