Site icon TechNave BM

Bermula April 2024, semua syarikat penyedia internet Malaysia perlu pastikan kelajuan lebih 7.7 Mbps

Pada hari ini, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching mengumumkan dalam Parlimen tentang Standard Mandatori Kualiti Perkhidmatan (MSQoS) yang telah dikemas kini untuk perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar yang akan berkuat kuasa mulai 1 April 2024.

MSQoS menetapkan bahawa semua penyedia perkhidmatan jalur lebar dalam negara perlu memastikan purata kelajuan muat turun sekurang-kurangnya 7.7 megabit sesaat (Mbps) pada tahun ini. Bermula tahun depan pula, standard itu akan dinaikkan kepada 10.0 Mbps.

Standard tersebut telah dikemas kini oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sebagai usaha kerajaan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan internet dalam negara.

Buat masa ini, MSQoS hanya menetapkan kelajuan 2.5 Mbps untuk sekurang-kurangnya 90 sampel ujian perkhidmatan. Bermula bulan hadapan, purata kelajuan muat turun tidak boleh korang daripada 7.7 Mbps.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version