Jika anda sedang mencari telefon mampu milik, nubia V70 Max yang berharga RM399 sahaja mungkin akan menarik minat anda. Ia telah dilancar pada bulan Februari lalu dan dilengkapi pelbagai spesifikasi menarik untuk telefon bajet, seperti skrin 120Hz, kamera 50MP, bateri besar 6,000mAh dan rating kalis air IP54.
Kini nubia Malaysia mengumumkan bahawa setiap pelanggan yang membeli nubia V70 Max bermula 1 Julai 2025 akan menerima perlindungan skrin retak selama 12 bulan. Inisiatif ini diambil bagi menyediakan komitmen ketahanan kepada para pelanggan untuk memastikan penggunaan yang lama.
Dengan perlindungan ini, anda boleh menerima satu kali penggantian skrin secara percuma dalam tempoh 12 bulan sejak tarikh pembelian. Ia melibatkan kerosakan yang tidak disengajakan, seperti jatuh secara tidak sengaja atau impak. Untuk mengganti skrin, anda hanya perlu pergi ke pusat servis sah dan tunjukkan bukti pembelian.
Anda tidak perlu melakukan pendaftaran berasingan untuk dapatkan perlindungan skrin ini. Jika anda membeli nubia V70 Max daripada saluran rasmi nubia atau pengedar sah nubia, ia akan disertakan secara automatik bersamanya.
nubia V70 Max boleh dibeli dari laman rasmi nubia Malaysia dalam Shopee dan Lazada. Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

