Site icon TechNave BM

Bersedia! Eksekutif HUAWEI sahkan siri Mate 40 bakal dilancar dalam masa terdekat

Berita ini mungkin berita gembira untuk peminat HUAWEI yang sedang menanti siri HUAWEI Mate 40 yang masih belum kunjung tiba. Terkini, HUAWEI UK melalui laman Twitternya telah mengacah kehadiran siri baru HUAWEI Mate 40 ini.

Acahan ini dibuat menerusi tontonan video ringkas dari Richard Yu, eksekutif CEO HUAWEI Consumer Business Group yang mengesahkan bahawa siri HUAWEI Mate 40 akan hadir dalam masa terdekat. Perkara ini tidak mengejutkan memandangkan ura-ura mengenai spesifikasi dan reka bentuk siri Mate 40 telah timbul sejak beberapa bulan lalu.

Sepintas lalu, siri HUAWEI Mate 40 mungkin dilengkapi cipset Kirin 9000 iaitu mungkin cipset Kirin yang terakhir berikutan sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat. Spesifikasi lain yang dilaporkan termasuklah kamera 108MP, skrin 6.67 inci 90Hz dan bateri sehingga 5,000mAh, cas pantas 65W.

Anda boleh melihat ura-ura reka bentuk dan spesifikasi siri HUAWEI Mate 40 di pautan ini.

Adakah anda teruja dengan kemunculannya? Beritahu kami di laman Facebook dan nantikan tarikh pelancaran rasminya yang akan kami maklumkan melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version