Site icon TechNave BM

Bersedia untuk rangkaian 5G Malaysia pada tahun 2020

Sepintas lalu, BERNAMA melaporkan pada September lalu bahawa pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Al-Ishsal Ishak telah mengumumkan lapan syarikat yang melabur awal untuk projek demonstrasi 5G yang bermula pada Oktober 2019 lalu hingga Mac 2020. Syarikat tersebut terdiri daripada Altel Communications Sdn Bhd, Celcom Axiata Bhd, DiGi.Com Bhd, edotco Group Sdn Bhd, Maxis Bhd, Petronas, Telekom Malaysia Bhd (TM) dan UMobile Sdn Bhd.

Terkini, matlamat kerajaan Malaysia untuk beralih ke rangkaian 5G pada tahun hadapan bakal tercapai. Usaha kerajaan untuk mewujudkan penggunaan 5G yang kukuh sekaligus meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia disertai dengan mewujudkan geran Pembangunan Ekosistem 5G. Dengan ini, syarikat telco dan komunikasi dapat meneruskan pembangunan rangkaian 5G.

Perkhidmatan 5G disasarkan tersedia pada separuh kedua tahun hadapan, 2020. Apa yang dapat dibanggakan adalah Malaysia menjadi antara negara yang pertama di Asia dalam mewujudkan rangkaian 5G.

Adakah anda sudah bersedia? Perlukah kita menaik taraf kepada peranti yang menyokong 5G? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version