Site icon TechNave BM

Bertabahlah! Bazar Ramadhan, salun, kedai cermin mata, kedai gunting rambut tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP

Terkini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memutuskan bahawa kedai gunting rambut, kedai cermin mata dan salun tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Turut tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP ini adalah bazar Ramadhan tahunan.

Keputusan ini diumumkan melalui konferens media harian selepas mesyuarat khas mengenai PKP diadakan pada hari ini. Keputusan ini turut dicapai berdasarkan pandangan pakar termasuklah organisasi bukan kerajaan. Pengumuman ini sekaligus memutuskan kebimbangan warganet tentang penularan COVID-19 melalui kedai gunting rambut.

Menambah daripada sumber, Ismail Sabri turut menyatakan bahawa kerajaan tidak membenarkan pelajar untuk pulang ke rumah masing-masing buat masa ini. Bekalan makanan dan minuman mereka akan ditanggung oleh kerajaan.

Langkah-langkah di atas tidak lain tidak bukan adalah untuk memutuskan rantaian penularan COVID-19. Kami berharap agar anda bersabar dan tabah untuk memerangi penularan virus ini. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version