Berikutan roti Gardenia yang selalu kehabisan stok, rakyat Malaysia mungkin bimbang jika bekalan kilang kurang menghasilkan roti. Namun, Gardenia tampil membawa berita gembira untuk netizen! Penghasilan roti Gardenia berjalan seperti biasa setiap hari sepanjang tempoh Perintah Kawalan pergerakan ini.
Melalui notis rasminya, Gardenia menyatakan bahawa mereka akan terus menghantar roti setiap hari seperti biasa. Apa pun, mereka turut menggesa pengguna lain agar bertenang dan membeli mengikut keperluan biasa dan harian. Gardenia bakal meningkatkan juga pengeluaran untuk memenuhi keperluan pengguna.
Kami juga menyarankan anda untuk tidak menyambar roti dengan jumlah yang berlebihan tanpa memikirkan orang lain. Luahkan komen anda di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Facebook GardeniaKL

