Site icon TechNave BM

Beta terakhir Android 13 mungkin akan dilancarkan dalam beberapa minggu

Hari ini, Google telah mengeluarkan Beta 4 yang merupakan kemas kini terakhir bagi Android 13. Hanya beberapa minggu lagi kemas kini ini akan dilancarkan. Walaupun begitu, anda boleh mencuba Beta 4 ini pada peranti Pixel yang disokong.

Beta 4 Android 13 bertujuan untuk pembangun aplikasi dapat melakukan ujian dan pembangunan akhir keluaran baharu. Kemas kini ini merupakan calon keluaran Android 13 untuk peranti Pixel dan Android Emulator.

Memandangkan kestabilan platform dicapai dengan beta sebelumnya, semua ciri aplikasi termasuk API SDK dan NDK, sistem aplikasi serta sekatan pada antara muka (interface) bukan SDK. Beta 4 yang akan keluar hari ini disertakan dengan pembaikan untuk isu yang dilaporkan sebelum ini dan versi kemas kini yang lebih stabil.

Android 13 dilengkapi dengan ciri privasi baharu seperti kebenaran pemberitahuan dan pemilih foto yang diubah suai, ikon aplikasi bertema, sokongan bahasa untuk setiap aplikasi, video HDR, Bluetooth LE Audio dan sokongan untuk MIDI 2.0 melalui USB. Pembangun aplikasi juga menggunakan alatan yang lebih baik untuk tablet dan peranti skrin besar untuk meningkatkan prestasi berbanding Android 12L.

Jika Pixel anda sudah didaftarkan dalam program beta awam Google, anda akan menerima binaan baharu ini sebagai kemas kini dalam beberapa jam atau beberapa hari akan datang. Anda boleh mencuba kemas kini baharu ini dengan mendaftar di sini. Kemudian, keluaran baharu akan dihantar kepada anda seperti kemas kini sebelumnya.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Android Developers Blog

Exit mobile version