Site icon TechNave BM

BigPay mengembangkan perkhidmatan kiriman wang dengan penambahan baru yang lebih mudah

BigPay baru-baru ini telah menambah 3 koridor baharu untuk perkhidmatan kiriman wang antarabangsanya iaitu India, Nepal dan Bangladesh. Ketiga-tiga negara ini mencatatkan bilangan pekerja asing tertinggi di Malaysia selepas Indonesia dan merekodkan jumlah kiriman wang ke luar negara antara yang tertinggi di negara ini.

Dengan melancarkan perkhidmatan kiriman wang antarabangsanya pada September 2019, membolehkan pengguna menghantar wang secara terus dari Malaysia ke akaun bank di Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina tanpa bayaran tersembunyi dan caj tambahan.

Syarikat itu akan terus mengembangkan perkhidmatannya ke lebih banyak lagi negara bagi memudahkan penggunanya mengirim wang. Selain itu pada masa sama mereka sedang berusaha untuk memperkenalkan perkhidmatan pengambilan tunai di beberapa pasaran terpilih.

BigPay merintis perkhidmatan kiriman wang digital menerusi aplikasi mudah alihnya, menawarkan pengalaman yang serba lancar dengan pemindahan wang segera. Pengguna boleh mendepositkan dana ke dalam BigPay menerusi kad bank mereka atau melalui pemindahan bank.

Beritahu kami pengalaman anda menggunakan BigPay di laman Facebook kami dan nantikan berita teknologi terkini dari rakan teknologi utama Malaysia.

Exit mobile version