Site icon TechNave BM

Bill Gates: ChatGPT bakal ubah dunia moden

Menurut Reuters, pengasas Microsoft, Bill Gates menyifatkan ChatGPT sebagai chatbot yang boleh bertindak balas terhadap pertanyaan pengguna. Beliau mendakwa bahawa respon daripada ChatGPT seakan menyerupai manusia yang bakal membawa masalah besar. Malah, beliau menyamakan pembangunan itu sama pentingnya dengan pembangunan internet.

“Setakat ini, AI boleh membaca dan menulis tetapi tidak dapat memahami kandungannya. Program baharu seperti ChatGPT akan meningkatkan kecekapan banyak tugas pejabat dengan membantu menulis invois atau e-mel. Ini akan mengubah dunia kita,” katanya dalam satu komen.

Syarikat kecerdasan buatan (AI) AS, OpenAI yang membangunkan ChatGPT telah dinobatkan sebagai aplikasi pengguna yang paling pesat berkembang dalam sejarah. Microsoft juga telah melabur banyak dalam projek itu. ChatGPT melalui inovasi algoritma terutamanya pengenalan inovatif RLHF (pembelajaran pengukuhan maklum balas manusia) telah meningkatkan tahap kefasihannya.

Ia mencapai tahap dialog yang menakjubkan dan dengan cepat merealisasikan penjanaan teks. Ia mudah mengendalikan satu siri tugas penghasilan dialog biasa seperti penjanaan kod, terjemahan dokumen dan penulisan salinan (copywriting) perniagaan.

Microsoft telah mengeluarkan versi baharu enjin carian Bing dan penyemak imbas Edge yang merangkumi teknologi ChatGPT OpenAI. Walau bagaimanapun, sesetengah jenama teknologi dan ahli akademik tidak menyukai kesan semasa ChatGPT.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: ITHome

Exit mobile version