Site icon TechNave BM

Bitcoin kini bernilai cecah RM200,000 buat kali pertama

Dalam industri mata wang kripto, Bitcoin adalah nama yang tidak asing lagi kerana ia adalah mata wang digital pertama yang dihasilkan. Terkini, nilai mata wang digital ini telah mencecah RM200,000 buat pertama kalinya.

Nilai yang melonjak naik ini sudah boleh dijangkakan setelah Elon Musk membeli Bitcoin sekitar $1.5 bilion dan berhasrat untuk menggunakan mata wang Bitcoin bagi pembelian kereta Tesla. Menurut sumber, Bitcoin telah mencatat nilai RM150,000 pada Januari lepas. Dalam masa sebulan sahaja, ia kini mencecah RM200,000 dengan peningkatan sebanyak RM50,000.

Jika anda berminat untuk membeli Bitcoin, kamu cadangkan anda untuk menimba ilmu dahulu dengan individu yang sudah pakar dalam nilai mata wang ini agar anda tidak terjebak dalam kes penipuan dalam talian yang melibatkan Bitcoin. Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Amanz

Gambar dari Reuters

Exit mobile version