Site icon TechNave BM

Black Shark 3 akan hadir pada bulan hadapan dengan SD865 dan bateri 4700 mAh

Tahun 2020 menandakan bermulanya persaingan baru dalam institusi telefon gaming. Peminat mungkin menanti telefon pintar khusus untuk gaming yang bakal dilancarkan pada tahun ini.

Penantian anda tidak sia-sia kerana selain daripada khabar angin telefon pintar gaming Legion, khabar angin keluarga Xiaomi Black Shark kini tiba. Black Shark bakal mengumumkan pelopor seterusnya, Black Shark 3 pada bulan hadapan.

Sumber: Weibo melalui Gizmochina

Menurut sumber melalui Gizmochina, Black Shark 3 mungkin hadir dengan processor Snapdragon 865 dan kadar segar semula yang tinggi. Tidak cukup itu sahaja, peranti juga mungkin akan menyokong pengecas pantas yang tidak dapat dipastikan sama ada 30W atau teknologi pengecas yang lebih pantas. Dengan khabar angin kapasiti bateri 4700 mAh, pastinya peminat Black Shark tertunggu-tunggu berita ciri teknologinya yang rasmi.

Menurut sumber lain, terdapat telefon pintar dengan nama model SHARK KLE-AO telah disahkan di China. Mungkinkah ini Black Shark 3?

Terdahulu, Black Shark 2 dan Black Shark 2 Pro masih hangat di pasaran. Anda boleh membandingkan ciri dan spesifikasi teknologi peranti di sini. Beritahu kami apakah jenama telefon pintar gaming kegemaran anda di laman Facebook dan nantikan kemas kini khabar angin ini di TechNaveBM.com.

Sumber: Gizmochina | Weibo | @Sudhanshu1414

Exit mobile version