Site icon TechNave BM

Black Shark 3 Pro bakal dilancarkan di Malaysia pada 4 Jun

Selepas Black Shark 3 (BS3) dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada bulan lalu, kini variannya yang lebih canggih, Black Shark 3 Pro, akan dilancarkan pula pada bulan hadapan iaitu pada Khamis, 4 Jun di Shopee Malaysia.

BS3 Pro mempunyai spesifikasi yang lebih kurang sama dengan BS3 biasa, kecuali pada saiz storan dalaman, skrin dan baterinya yang lebih besar. BS3 Pro dilengkapi skrin berukuran 7.1 inci dengan resolusi 1440 x 3120, manakala BS3 pula dilengkapi skrin berukuran 6.67 inci dengan resolusi 1080 x 2400.

Kapasiti bateri BS3 Pro pula adalah 5,000mAh manakala BS3 pula sekadar 4,720mAh. Selain itu, storan dalaman BS3 Pro adalah 256GB manakala dalam BS3 pula adalah 128GB.

Beritahu kami di Facebook jika anda merancang untuk mendapatkan BS3 Pro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version