Site icon TechNave BM

Black Shark 3S membolehkan kawalan ‘game’ daripada komputer atau gerakan pergelangan tangan

Esok (31 Julai), telefon pintar gaming Black Shark 3S bakal dilancarkan di China dan setakat ini spesifikasi asasnya sudah pun diketahui, termasuk cipset Snapdragon 865 Plus dan skrin AMOLED 120Hz. Kini dalam sebuah iklan video terbaru, ia menunjukkan pengguna Black Shark 3S boleh memainkan game telefon pintar menggunakan komputer melalui hubungan USB.

Fungsi yang dinamakan screen mirroring ini membolehkan untuk menggunakan monitor, papan kekunci dan tetikus komputer sewaktu bermain game mudah alih. Tentunya ini boleh menjadikan kawalan untuk sesebuah game itu lebih intuitif.

Selain itu, Black Shark 3S juga menampilkan kawalan daripada gerakan pergelangan tangan atau motion control. Pengguna tidak lagi hanya terhad kepada jari-jemari untuk mengawal game mereka, kini gerakan pergelangan tangan juga boleh ditetapkan untuk memberi input ke dalam game. Mungkin ia nampak agak kekok tetapi pasti ada gamer di luar sana yang akan menghargainya.

Kongsi pendapat anda tentang Black Shark 3S di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version