Site icon TechNave BM

Black Shark 4 akan dilancar dengan sistem penyejukan baru, cipset Snapdragon 888

Selepas pelancaran ASUS ROG Phone 5, kini penggemar game mudah alih boleh menantikan pelancaran telefon gaming seterusnya iaitu siri Black Shark 4. Ia sudah pun disahkan akan dilancar pada 23 Mac ini dan Black Shark telah berkongsi video pendek dan beberapa poster yang menunjukkan keupayaan telefon tersebut.

Seperti yang boleh dijangkakan, telefon itu akan dilengkapi cipset Snapdragon 888. Black Shark juga menyatakan ia dilengkapi sistem penyejukan baru yang boleh mengurangkan suhu cipset sebanyak 18°C.

Poster itu juga menunjukkan rupa belakang Black Shark 4 yang menampilkan logo besar yang mungkin akan menyala sewaktu bermain game.

Black Shark 4 akan dilengkapi skrin 120Hz berukuran 6.67 inci, tiga kamera, RAM 8GB atau 12GB, bateri 4,500mAh dan pengecasan pantas 120W. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Black Shark 4 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version