Site icon TechNave BM

Black Shark 4 Pro dilancar di Malaysia: Miliki cipset SD 888 dan skrin 144Hz bermula RM2,599

Black Shark merupakan jenama telefon gaming telah mengeluarkan telefon gaming andalan pertama untuk 2022 di Malaysia iaitu Black Shark 4 Pro. Black Shark 4 Pro dilengkapi dengan cipset Qualcomm Snapdragon 888, skrin gaming Samsung 144Hz E4, sistem penyejukan cecair sandwic’ (sandwich’ liquid cooling system) dan sistem berorientasikan-gamer JoyUl 12.

Black Shark 4 Pro mempunyai pengecasan ultra pantas 120W dan sistem dwi pembesar suara simetri terbaik. DXOMARK Audio mengakui Black Shark 4 Pro memberikan prestasi audio terbaik dalam industri manakala ciri khas Pencetus Pop-up Magnetik (Magnetic Pop-up Triggers) menawarkan pengalaman kawalan tahap konsol dalam game.

Ia hadir dalam tiga warna iaitu Shadow Black, Misty Grey dan Cosmos Black. Anda boleh dapatkan peranti ini di Shopee dalam 2 varian iaitu 8GB+128GB berharga RM2,599 dan 12GB+256GB pada RM2,999. Selain itu, 100 pembeli pertama akan berpeluang membawa pulang hadiah bernilai RM500.

Black Shark 4 Pro akan mula dijual di semua platform mulai 4 Februari 2022. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version