Site icon TechNave BM

Black Shark 5 dilancar di Malaysia: Telefon “gaming” dengan SD 8 Gen 1, OLED 144Hz bermula RM2,299

Pada hari ini, jenama telefon gaming Black Shark Malaysia melancarkan siri telefonnya yang terbaharu iaitu Black Shark 5 yang terdiri daripada Black Shark 5 dan Black Shark 5 Pro. Sebagai sebuah telefon berprestasi tinggi, ia memiliki spesifikasi canggih seperti cipset Snapdragon 8 Gen 1, skrin dengan kadar pantas, butang timbul (pop-up) dan banyak lagi.

Cipset Snapdragon 8 Gen 1 dalam telefon ini membenarkan Black Shark 5 untuk memainkan sebarang jenis game popular dengan prestasi pantas. Daripada segi memori, RAM ditawarkan sehingga 16GB manakala storan dalaman pula adalah UFS 3.1 sehingga 256GB.

Satu ciri penting pada telefon ini adalah sistem penyejukan cecair kamar wap (vapour chamber liquid cooling system) sebesar 5,320mm² bagi melesapkan haba sewaktu sesi gaming intensif. Sistem penyejukan ini turut terdiri daripada pelbagai bahan seperti lapisan grafit, graphene dan phase change heat material untuk meningkatkan pelesapan haba.

Sebagai sebuah telefon gaming yang kerap digunakan dalam mod lanskap, ia mempunyai butang timbul magnetik di bahagian bucu yang mengesan tekanan daripada jari untuk digunakan sewaktu bermain game. Keluasan butang tersebut telah dibesarkan sebanyak 16 peratus daripada telefon sebelumnya.

Black Shark 5 turut mempunyai skrin OLED berukuran 6.67 inci dengan kadar segar semula 144Hz, kedalaman warna 10-bit, gamut warna DCI-P3 dan sokongan HDR10+. Pembesarnya adalah pembesar suara stereo manakala untuk rakaman suara pula, ia mempunyai empat mikrofon.

Satu lagi ciri menarik pada telefon ini adalah ia menyokong teknologi pengecasan pantas 120W Hyper Charge yang boleh mengecas penuh dalam masa 15 minit sahaja. Pengecas 120W disertakan dalam kotak.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri Black Shark 5:

Black Shark 5

Black Shark 5 Pro

Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli telefon gaming ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untu berita teknologi terkini.

Exit mobile version