Site icon TechNave BM

Black shark akan lancarkan penyejuk mudah alih baharu pada hari ini

Apabila bermain game mudah alih, sesetengah telefon boleh menjadi panas dan terpaksa berehat seketika. Kini, anda mungkin melihat penyejuk Black Shark baharu yang akan sediakan pada hari ini.

Black Shark mengumumkan bahawa ia akan mengeluarkan penyejuk mudah alih baharu pada 15 Mei 2023. Penyejuk itu dijangka menampilkan “cip penyejukan berketumpatan ultra tinggi” tersuai yang membantu mengurangkan suhu permukaan sebanyak 35°C. 

Ia juga mamppu menghalang mengawal kuasa daripada kehabisan dengan cepat. Memandangkan siaran pengumuman tidak menyebut telefon yang digunakan, kami hanya menganggap ia mungkin menggunakan model yang pernah dilancarkan sebelum ini, Black Shark 5 Pro yang menampilkan Snapdragon 8 Gen 1 Qualcomm. 

Dalam game seperti Genshin Impact, suhu permukaan belakang telefon dengan cipset ini mudah meningkat ke 41 hingga 46 darjah Celsius. Jika demikian keadaannya, penyejuk baharu Black Shark mungkin mampu mengurangkan suhu permukaan sekitar 10°C. 

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Akaun Weibo

Exit mobile version