Site icon TechNave BM

Black Shark lancarkan fon telinga wayarles Lucifer T6 dan Lucifer T10 bermula RM179

Semalam, Black Shark telah melancarkan telefon gaming Black Shark 5 bersama aksesori yang lain seperti papan kekunci, pad tetikus dan fon telinga Lucifer. Kali ini, kami akan berkongsi fon telinga TWS Lucifer T6 dan Lucifer T10

TWS Lucifer T6 merupakan fon telinga wayarles yang menyokong Bluetooth 5.2 untuk mencapai kadar kependaman (latency) ultra-rendah pada 35ms. Ia sesuai digunakan untuk gaming dengan kualiti audio yang mengasyikkan. T6 turut dilindungi dengan kalis air IPX5 boleh digunakan ketika berpeluh dan hujan renyai.

Lucifer T6 mempunyai dua mikrofon pembatalan hingar persekitaran yang mengurangkan bunyi latar belakang dan memastikan suara anda didengar dengan jelas walaupun dalam keadaan bising. Fon telinga boleh bertahan selama 6.5 jam dengan sekali cas dan 26 jam dengan sarung pengecasan. 

Produk seterusnya, Lucifer T10 mempunyai dwi-mod yang boleh ditukar antara kependaman (latency) normal dan rendah (45ms). Fon telinga T10 yang dicas penuh boleh bertahan sehingga 6 jam dan 24 jam dengan sarung pengecasan. Ia boleh digunakan pada kebanyakan peranti umum dengan sambungan Bluetooth seperti telefon pintar, komputer riba dan PC.

Anda boleh dapatkan TWS Lucifer T6 dan Lucifer T10 di Shopee bermula pada harga RM179. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version