Site icon TechNave BM

Black Shark Lucifer T1 TWS Earbuds dilancar di Malaysia: Fon telinga wayarles “gaming” berharga RM169

Pada hari ini, Black Shark Malaysia melancarkan sepasang fon telinga wayarles Black Shark Lucifer T1 Bluetooth True Wireless Stereo (TWS) Gaming Earbuds yang menjanjikan pengalaman terbaik sewaktu bermain game dalam peranti mudah alih.

Fon telinga ini dihubungka melalui standard Bluetooth 5.2 bagi mengurangkan kadar tindak balas (latency) kepada 55 milisaat sahaja sewaktu Game Mode diaktifkan. Tindak balas yang singkat ini adalah penting bagi mendapatkan kelebihan dalam sesi gaming yang sengit.

Fon telinga ini mempunyai pemacu 10mm dengan Dual-Mode Design untuk prestasi terbaik sewaktu bermain game atau mendengar muzik. Baterinya boleh bertahan sehingga 35 jam jika digunakan bersama bekas pengecas.

Selain itu, ia turut dilengkapi pencahayaan RGB, rating kalis air IPX4 dan boleh digunakan untuk menjawab panggilan telefon. Produk ini akan dijual pada harga RM169 di Shopee dan Lazada.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version