Site icon TechNave BM

Black Shark melancarkan aksesori ‘gaming’ FunCooler di Malaysia berharga RM139

Sebelum pelancaran siri Black Shark 3 ke pasaran teknologi Malaysia pada 30 April ini, Black Shark Malaysia telah melancarkan aksesori gaming FunCooler terlebih dahulu. Aksesori untuk menyejukkan peranti ini boleh didapati bermula dengan harga RM139.

FunCooler terdiri daripada dua varian iaitu Black Shark FunCooler dan Black Shark FunCooler Pro. Aksesori dengan teknologi penyejukan termoelektrik (TEC) mampu menurunkan suhu peranti anda yang panas. Anda boleh rujuk spesifikasi kedua-dua varian seperti di bawah.

Black Shark FunCooler (RM139)

Black Shark FunCooler Pro (RM199)

Black Shark FunCooler
Black Shark FunCooler Pro

Untuk pembelian, anda boleh mendapatkannya di Lazada dan Shopee bermula pada 23 April. Black Shark juga bakal mengumumkan pelbagai tawaran menarik sempena Shopee Malaysia Raya Sale 2020.

Adakah anda berminat? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita pelancaran teknologi terkini.

Exit mobile version