Site icon TechNave BM

Black Shark pecat hampir 90% pekerja, gagal bayar pampasan pemberhentian penuh

Menurut laporan media China, jenama telefon gaming Xiaomi, Black Shark telah memberhentikan kebanyakan pekerjanya dan gagal membayar pampasan. Ini kerana kegagalan perjanjian pemerolehan antara syarikat tersebut dengan Tencent Holdings.

Black Shark telah melakukan ansuran pemberhentian sejak Ogos 2022 dengan mengurangkan pekerjanya daripada lebih 1,000 pekerja kepada lebih 100 orang. Syarikat itu memberitahu pekerja yang terjejas melalui mesej teks pada hari Selasa bahawa ia telah mengalami “kesukaran operasi yang luar biasa” dan gagal membayar pampasan sepenuhnya buat masa ini. 

Beberapa pekerja yang diberhentikan telah meluahkan kemarahan mereka melalui media sosial di Weibo dan Twitter mengenai isu pampasan yang disebut di atas. Black Shark akan terus mencari jalan untuk menyelesaikan isu ini dan membayar baki pampasan kepada pekerja yang telah diberhentikan. 

Ketua Pegawai Eksekutif Black Shark, Luo Yuzhou yang telah memuat naik teks “Selamat pagi” telah dibanjiri dengan komen marah. Pihak syarikat diminta untuk membayar pampasan seperti yang dijanjikan apabila mereka diberhentikan.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: SCMP

Exit mobile version