Site icon TechNave BM

Black Shark umumkan pelindung jari ‘gaming’, lindung jari anda dengan harga ~RM17

Jari anda pastinya terkesan jika anda merupakan seorang gamer mudah alih yang tegar. Untuk melindungi jari anda, jenama peranti gaming Black Shark kini melancarkan sarung atau pelindung jari pada 11 Ogos ini.

Untuk pengetahuan anda, Black Shark telah membuka pra-tempahan di pasaran China dengan harga 29 Yuan (~RM17). Sumber melaporkan bahawa ianya diperbuat daripada karbon fiber, spandeks ultra nipis, kain kapas lembut dengan 18 kaedah jahitan. Pelindung jari ini hadir dengan ketebalan hanya 0.25mm sahaja.

Memandangkan ianya diperbuat daripada fiber, pengguna dilarang mendekati bahan api dan barangan tajam. Kami tidak pasti sejauh manakah ia akan berkesan untuk melindungi jari anda, sekaligus memastikan kelancaran gaming berjalan seperti biasa.

Setakat ini, kami juga masih ketiadaan maklumat berkenaan kehadirannya di pasaran Malaysia. Jika ianya hadir di Malaysia, adakah anda akan membelinya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: ITHome

Exit mobile version